Cari @ Amanz

Realme telah mengesahkan bahawa mereka bakal hadir dengan peranti bersama janaan cip Snapdragon 888 dan MediaTek Dimensity 1200. Bagaimanapun, sehingga kini tiada jawapan pasti mengenai apakah nama model tersebut.

Jenama ini juga sebelum ini pernah mengesahkan penjenamaan “Race”  hanya sekadar kod nama. Sebaliknya, peranti Realme dengan cip Snapdragon 888 bakal menjadi siri baharu yang hebat. Pada awalnya, ramai beranggapan Realme V15 adalah model yang dimaksudkan. Ternyata bukan apabila Realme V15 sebelum ini dilancarkan dengan cip MediaTek Dimensity 800U.

Realme Race

Dalam perkembangan terkini, peranti Realme dengan kod nama yang sama sekali lagi menjadi bualan. Akan tetapi, untuk kali ini ia dikenali sebagai Realme Race Pro. Bukan itu sahaja, bahkan turut terdapatnya satu lagi model dikenali sebagai Realme X9 Pro yang dipercayai hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1200 juga menjadi bualan. Ia berikutan tersebarnya laporan mengatakan spesifikasi penuh untuk kedua-dua peranti kini tertiris ke arena web.

Spesifikasi Tertiris

Memetik maklumat dikongsi, Realme Race Pro dijangka dilengkapi paparan jenis OLED bersaiz 6.8-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 160Hz. Ia juga dikhabarkan menggunakan cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB RAM, pilihan storan sehingga 512GB, bateri 5000mAh bersama pengecasan 125W dan tiga kamera di belakang dengan sensor utama 64-Megapixel.

Realme Dengan Cip MediaTek Dimensity

Seterusnya, Realme X9 Pro juga dipercayai hadir dengan paparan jenis OLED. Tetapi, saiz skrin lebih kecil iaitu 6.4-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Seterusnya, ia juga akan dilengkapi cip MediaTek Dimensity 1200, memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB. Selain itu, ia juga menggunakan bateri 4,500mAh bersama pengecasan 65W dan tiga kamera belakang dengan sensor utama 108-Megapixel.

Menurut sumber, kedua-dua peranti pintar ini dijangka hadir pada suku pertama tahun ini. Melaluinya, kita boleh menyasarkan lebih banyak maklumat berkaitan peranti akan dikongsikan dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd