Motorola Edge S Mempunyai Skor AnTuTu Mencapai Lebih 679K – Snapdragon 870 Cukup Berkuasa?

Diterbitkan pada Jan 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Snapdragon 870 dilancarkan oleh Qualcomm baru-baru ini. Ia adalah cip peranti mercu berasaskan 7nm yang direka berdasarkan dari Snapdragon 865+. Cip ini hanya sedikit lebih berkuasa dari Snapdragon 865+, tetapi masih ketinggalan jauh oleh Snapdragon 888.

Antara peranti terawal yang menggunakan cip ini adalah Motorola, melalui Motorola Edge S yang akan dilancarkan di China tidak lama lagi. Chen Jin, selaku pengurus Lenovo China telah berkongsi di Weibo beliau skor AnTuTu untuk peranti Motorola Edge S. Skor yang diperoleh adalah 679,860. Skor tertinggi yang AnTuTu catatkan tahun lepas adalah 647,919 untuk ROG Phone 3. Malah dalam artikel Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra, 623,976, 635,611 dan 631,702 untuk cip 5nm Exynos 2100 dalam penggunaan sebenar.

Jadi tidak pasti sama ada adakah ini satu gimik atau Motorola Edge S mempunyai kemampuan prestasi yang hebat dioptimasikan dari perisian. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami