SKMM Telah Menyekat Hampir 3000 Laman Lucah Sejak 2018

SKMM Telah Menyekat Hampir 3000 Laman Lucah Sejak 2018

Diterbitkan pada Jan 25, 2021 oleh .

Antara bahaya terbesar Internet ialah akses kepada kandungan lucah yang terlalu mudah. Di Malaysia, proses pencarian kandungan ini berjaya disukarkan kerana ia dihalang oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Menurut laporan Harian Metro hari ini, SKMM telah menyekat 2921 laman web lucah sejak 2018.

Selain sekatan ke atas laman web lucah, SKMM juga proaktif dalam menyekat penebarannya menerusi laman media sosial. SKMM mengingatkan orang ramai bahawa penyebaran kandungan ini melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Internet

Selain SKMM, pihak Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak Polis Diraja Malaysia (D11) kini mempunyai Unit Siasatan Jenayah Internet Terhadap Kanak- Kanak (MICAC). Ia mampu mengesan pengguna Malaysia yang melayari serta memuat turun kandungan lucah terutamanya yang mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.

Perisian Internet Crime Against Children — Child Online Protective Services (ICACCOPS) digunakan untuk mengesan alamat IP pengguna Malaysia yang melayari laman-laman lucah ini. Pihak PDRM kemudian boleh memanggil individu untuk disoal siasat atau ditahan bagi membantu siasatan.

Unit khas ini dibentuk selepas data menunjukkan pengguna di Malaysia adalah yang paling tinggi mengkases kandungan pornografi kanak-kanak bawah umur di Asia Tenggara


Paling Popular