Sony Xperia Pro Akhirnya Dijual Pada Harga Mencecah RM10,000

Diterbitkan pada Jan 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony Xperia Pro diumumkan Februari tahun lalu serentak dengan Xperia 1 II. Telefon pintar yang menyasarkan peminat fotograf profesional ini akhirnya mula dipasarkan di Amerika Syarikat pada harga $2499 (~RM10,104) sebuah.

Ia sebenarnya hanyalah sebuah Xperia 1 II yang dipertingkat. Oleh itu spesifikasinya ialah skrin 6.5 OLED 4K HDR 21:9, dijana cip Snapdagon 865, memori sebesar 12GB RAM, storan 512 GB, kamera utama  12+12+12+3D TOF, kamera hadapan 8MP dan bateri sebesar 4000 mAh.

Kamera utama menggunakan lensa Zeiss dengan kepakaran yang dipelajari dalam menghasilkan kamera Sony Alpha. Pengumuman ini adalah tidak dijangka kerana selama ini lensa Zeiss lebih sinonim dengan telefon pintar keluaran Nokia.

Peranti menyokong rangkaian selular 5G Sub 6, dan mempunyai tahap ketahanan kalis air IP 68. Kemampuan audio juga menarik kerana penggunaan sistem audio stereo pada bahagian hadapan dan juga bicu audio 3.5mm.

Yang menjadikannya Pro ialah sokongan port mikro HDMI terbina yang membolehkannya menerima input dari kamera. Dengan kata lain Xperia Pro boleh digunakan sebagai monitor kepada kamera khususnya yang dikeluarkan oleh Sony. Akhir sekali peranti mempunyai butang sisi tambahan yang boleh diprogramkan untuk melancarkan aplikasi dengan pantas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami