Nubia Akan Hadir Dengan Red Magic 6 Edisi Tencent Games Seperti Asus ROG Phone

Diterbitkan pada Jan 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nubia Red Magic adalah peranti memfokuskan permua mampu milik dan berkuasa. Ia hadir di Malaysia secara rasmi setiap kali setakat ini, tetapi disebabkan pemasaran mereka tidak kuat – mereka yang kerap bermain permua dan mengikuti perkembangan telefon pintar sahaja mungkin akan tahu kewujudan peranti ini. Tahun ini, Nubia dijangka akan tiba dengan Nubia Red Magic 6 sebagai pengganti kepada Nubia Red Magic 5s.

Keunikan Red Magic turut terletak pada dalam peranti, kerana mempunyai sistem penyejukan dari kipas penyejuk sebenar. Nubia juga dijangka akan tiba dengan peranti yang mempunyai panel belakang kaca elektrokromik yang boleh berubah warna. Dijana dengan Snapdragon 888, mempunyai bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W serta menggunakan pengecas GaN.

Minggu lepas tertiris imej sebenar Nubia Red Magic 6. Ia memperlihatkan satu variasi baharu, iaitu edisi Tencent Games. Sebelum ini peranti permua yang dikuasakan Tencent Games hanya ditawarkan oleh Asus ROG Phone sahaja. Terkini menurut XDA, melalui siaran akhbar yang diterima – Nubia mengesahkan kerjasama ini. Edisi Tencent Games biasanya mempunyai pilihan memori yang lebih rendah, dan dijual pada harga lebih murah. Ia boleh dikatakan adalah variasi yang paling asas.

Sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami