Google dan membunuh projek sendiri berpisah tiada. Terkini, giliran projek realiti maya mereka pula -Tilt Brush dihentikan sokongan rasmi. ebalijnya projek ini kini ditawarkan secara sumber terbuka.
Tilt Brush adalah aplikasi realiti maya yang membenarkan pengguna menjadi kreatif untuk melukis, melakar dalam ruangan 3D. Ketika diperkenalkan, ia eksklusif untuik HTC Vive VR pada tahun 2016. Kemudian barulah ia ditawarkan kepada Oculus Rift, Windows Mixed Reality, dan PlayStation VR.
Kod binaan Tilt Brush kini berada di Github, percuma untuk semua. Tetapi beberapa ciri dan fungsi telah dibuang untuk mengelakkan isu pelesenan. Ini bukan kali pprojek VR Google dihentikan sokongan. Sebelum ini Daydream VR, Expeditions, dan Cardboard telah dihentikan.