Cari @ Amanz

Sebentar tadi, teknologi pengecasan baharu Xiaomi tertiris. Ia adalah sistem pengecasan nirwayar jarak jauh yang mengambil inspirasi dari ciptaan Nikola Tesla – aruhan gegelung. Teknologi ini digelar sebagai Space Charging dan nama komersil rasmi teknologi pengecasan Xiaomi ini adalah Mi Air Charging.

Menurut Xiaomi, teknologi ini membenarkan pengguna mengecas peranti terus dari “udara” seakan magis. Xiaomi mendakwa yang mereka melakukan kajian tersendiri dan membina teknologi ini dari mula. Pengecas Mi Air Charging ini mempunyai lima fasa antena gangguan dan pengecas boleh menjejak lokasi peranti dalam masa milisaat sahaja secara jitu. Kemudian turut terbina adalah 144 antena yang disusun dalam susunan khas. Kemudian, dengan gelombang milimeter ia boleh memancar kuasa melalui antena-suar mikro peranti boleh menerima kuasa 5W dari jarak jauh.

Teknologi ini sahaja Xiaomi mempunyai 17 paten berdaftar. Xiaomi memfokuskan kepada pengecasan peranti boleh pakai seperti Mi Band, Mi Watch atau juga aksesori audio. Tetapi telefon pintar juga boleh dicas menggunakan Mi Air Charging. Menurut Xiaomi tidak kira sambil bermain permua atau ada halangan objek asing – peranti masih boleh dicas.

Xiaomni berhasrat di masa hadapan semua barangan peranti berhubung yang menggunakan kuasa rendah boleh menggunakan sistem ini agar rumah pengguna bebas wayar/kabel. Dalam video demonstrasi, Xiaomi menguji dengan peranti Mi 11. Ini adalah seperti mana Mi 10 Ultra yang diuji untuk fungsi UWB. Jadi kita boleh anggap yang peranti ini sudah sedia hadir dengan teknologi ini tetapi Xiaomi matikan untuk kegunaan dalaman sahaja.

Buat masa ini masih tidak jelas bila ia akan diperkenalkan kepada pengguna umum. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd