Google Menutup Studio Pembangunan Permainan Video Stadia Games And Entertainment – Memfokuskan Kerjasama Dengan Studio Luar

Google Menutup Studio Pembangunan Permainan Video Stadia Games And Entertainment – Memfokuskan Kerjasama Dengan Studio Luar

Diterbitkan pada Feb 2, 2021 oleh .

Pada tahun 2019, Google melancarkan perkhidmatan penstriman permainan video – Stadia. Pada masa yang sama, Google turut mengumumkan penubuhan studio pembangunan permainan video tersendiri untuk menawarkan permainan video eksklusif – Stadia Games And Entertainment.

Terkini, Google mengumumkan yang mereka telah menghentikan operasi studio tersebut dan tidak lagi memfokuskan kepada permainan video eksklusif. Sebaliknya, Google akan terus fokus bekerjasama dengan studio pembangunan permainan video lain untuk memastikan setiap permainan lancar dijalankan di Stadia.

Memfokuskan kepada sokongan dan pengalaman penggunaan adalah lebih baik dari tergesa-gesa dengan banyak produk tersendiri. Dengan Google yang mula fokus penawaran kepada pengguna produk Apple dan kelak LG, Google boleh lebih fokus ke arah sini dan tidak fokus ke permainan video sahaja.

Naib presiden studio Stadia Games and Entertainment, Jade Raymond mengambil keputusan untuk meninggalkan Google dan mencari peluang di tempat lain. Manakala, pekerja lain dalam studio ini akan diserap masuk ke Google dengan tugasan baharu yang berbeza.


Paling Popular