Carian
Asus ROG Phone 5 Dijangka Hadir Dengan Snapdragon 888, Skrin 144Hz, Bateri 6000mAh Dwi-Sel Dan Kamera 64MP
February 2, 2021 Fahim Zahar

Asus ROG Phone 5 akan dilancarkan tidak lama lagi. Peranti ini akan menggunakan rekaan serba baharu di bahagian panel belakang, sambil mengekalkan elemen rekaan ROG. Panel belakang peranti ini juga mempunyai skrin kedua, mungkin untuk memaparkan notifikasi atau kata-kata semangan, logo dan sebagainya – mirip dengan komputer riba gaming mereka.

Terkini, peranti ini telah disenaraikan di laman TENAA. ROG Phone 5 dilihat hadir dengan skrin 6.78-inci AMOLED dan mungkin sokongan kadar segar semula 144Hz. Peranti juga akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 888, mempunyai kamera 64MP dan bateri sebesar 6000mAH. Bateri dikatakan menggunakan jenis dwi-sel, setiap satu 3000mAH untuk sokongan pengecsan pantas 65W.

Peranti ini dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Mac atau April. Sama-sama kita nantikan.

Komen