Nokia 3650 Pula Dilaporkan Akan Dimodenkan

Diterbitkan pada Feb 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia mempunyai pelbagai peranti ikonik sejak menceburi dunia telefon mudah alih. Kerana pegangan pasaran mereka masih rendah selepas kembali ke arena peranti mudah alih, HMD Global kerap menghasilkan semula telefon-telefon ikonik mereka untuk pengguna semasa. Terkini menurut laporan laman Mobiltelefon.ruNokia 3650 pula akan dimodenkan.

Nokia 3650 mempunyai rekaan bulat seakan sabun dengan butang kekunci fizikal diletakkan dalam susunan bulat. Tiada imej yang tertiris setakat ini untuk model moden tetapi besar kemungkinan akan sama seperti 3310 4G ,2720 4G, 8000 4G dan 6300 4G yang merupakan peranti KaiOS dengan kekunci fizikal juga.

Cuma persoalannya ialah adakah rekaan retro 2003 masih boleh menarik minat pengguna sedangkan beberapa eksperimen terdahulu mereka tidak mendatangkan sebarang hasil. Pada pendapat kami pengeluaran peranti nostalgia sepatutnya dihentikan. Sebaliknya keluarkan sahaja peranti moden dengan rekaan yang dipinjam. Contoh terbaik ialah iPhone 12 yang meminjam rekaan iPhone 5 tetapi dengan sentuhan lebih canggih.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami