Vivo S7t kini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran China. Secara kasarnya, peranti ni berkongsi rekaan dan spesifikasi yang sama dengan Vivo S7 sebelum ini. Perbezaannya cuma terletak pada penggunaan cip pemproses. Di mana, Vivo S7t menggunakan cip MediaTek Dimensity 820, sementara Vivo S7 pula dilengkapi cip Snapdragon 765G.

Untuk spesifikasi, Vivo S7t dilengkapi skrin bersaiz 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Seterusnya, ia turut dibekalkan memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 33W. Tetapan kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (kedalaman). Sementara itu, kamera swafoto pula adalah 44-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar).
Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari pada skrin, menggunakan antaramuka OriginOS 1.0 yang dibina berasaskan Android 11, port sambungan USB-C, Bluetooth 5.1 dan sebagainya. Untuk penawaran harga, Vivo S7t dijual pada RMB2,598 iaitu sekitar ~RM1,630.