Carian
Facebook : 67% Pengguna Di Malaysia Lebih Gemar ‘PM Tepi’ Sebelum Membeli
February 11, 2021 Amy Maizuraa

Tahun 2020 telah menyaksikan pelbagai cabaran, selain turut banyak merubah landskap kehidupan dunia ketika ini. Ini termasuklah pengubahsuaian gaya hidup masyarakat – di mana rutin kerja harian yang sibuk dan aktitivi riadah hujung minggu kini berubah dengan hanya duduk di rumah. Jadinya, orang ramai kini lebih banyak didedahkan dengan aktiviti secara atas talian – misalnya membeli-belah.

Sehubungan dengan itu, Facebook percaya sektor perniagaan akan mempunyai peluang untuk menjadi penggerak kepada pemulihan ekonomi pada masa akan datang. Bagaimanapun, para peniaga perlu peka terhadap keperluan dan kehendak pengguna. Kemudiannya, berusaha mencari inisiatif terbaik untuk perkhidmatan mereka. Malah, Facebook juga sebelum ini telah berkongsi beberapa trend sosial yang semakin meningkat di platform mereka dan diantaranya adalah platfrom pemesejan serta e-dagang.

Apabila memasuki tahun 2021, trend ini dijangka akan terus meningkat. Seterusnya menjadikan para perniaga perlu lebih berani dan kreatif dalam menyesuaikan diri dengan kaedah perniagaan secara atas talian. Tetapi, apa agaknya fokus yang perlu diberikan penekanan oleh para peniaga? Baiklah, Facebook meramalkan 3 trend sosial ini akan mempunyai impak besar buat para peniaga dan pengguna pada tahun ini.

Pertama, trend video mudah alih berbentuk pendek. Menurut Facebook, video pendek dlihat menjadi trend yang semakin popular. Terutamanya, tahun lalu apabila hampir semua orang menghabiskan lebih banyak waktu di rumah. Trend ini dikatakan meningkat sekitar 45% hanya di antara bulan Mac dan April di seluruh dunia.

Facebook Live
Facebook Live

Difahamkan, video sebegini sangat popular dalam menyediakan sumber ekspresi diri dan hiburan kepada mereka yang memerlukan. Berdasarkan trend ini, Facebook menjangkakan pengalaman membeli-belah dalam talian dengan cara baharu – menerusi gabungan hiburan, barangan dan pencipta kandungan yang kreatif akan terus berkembang.

Kedua adalah trend pemasaran baharu. Pengguna kini dikatakan lebih cenderung dan terbuka kepada cara pembelian baharu untuk mencari sesuatu produk. Perkara ini secara tidak langsung memerlukan para peniaga untuk lebih berinovasi dan mempunyai idea-idea baru dalam membuat pemasaran. Oleh itu, mereka perlu berani mencuba sesuatu yang baru – misalnya perkhidmatan beli-belah secara terus daripada media sosial.

Facebook Shops
Facebook Shops

Sebagai contoh, Facebook telah memperkenalkan Facebook Shops – yang mana memudahkan perniagaan kecil dan sederhana menawarkan produk serta perkhidmatan secara atas-talian. Seterusnya, WhatsApp pula hadir dengan ciri bakul pembelian dalam aplikasi (Add To Cart) – bagi membantu pengguna untuk berbelanja dengan lebih efektif. Tidak terhenti di situ sahaja, malah terdapat sejumlah lagi kaedah lain seperti iklan, siaran langsung video dalam format 360-darjah dan banyak lagi.

WhatApps : Add To Cart

Akhir sekali, trend pemesejan & pemasaran rentas sempadan. Bila bercakap mengenai perniagaan, pemesejan adalah antara platform yang penting bagi pemasaran perniagaan pada masa kini. Menurut Facebook, secara purata lebih daripada 175 juta orang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp Business setiap hari. Malah, 67% daripada pengguna tempatan lebih selesa berinteraksi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian. Sementara, 27% daripada mereka pasti akan membelinya.

Ini menunjukkan pengguna lebih gemar menggunakan platfrom pemesejan untuk ketahui lebih lanjut berkaitan sesuatu produk – berbanding membuat panggilan secara terus atau mungkin menghantar emel. Kaedah ini bukan sahaja memudahkan pengguna. Malah, dapat membantu peniaga untuk berhubung dengan lebih baik bersama pengguna.

Kesimpulannya, kita kini berada dalam satu era perniagaan baharu. Di mana, pengguna lebih suka berinteraksi dengan cara yang mudah dan lancar. Pada masa sama, mereka juga meninginkan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa. Oleh itu, peniaga seharusnya sentiasa cuba cari peluang baharu dan berfikiran kreatif dalam usaha mengembangkan perniagaan. Ia bukan sahaja mampu memberi impak positif, bahkan menjadikan perniagaan lain daripada yang lain untuk tarikan minat pengguna.

Komen