Disney+ Kini Mempunyai 94.9 Juta Pelanggan Berbayar Selepas 14 Bulan Dilancarkan

Diterbitkan pada Feb 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Disney+ telah mengumumkan ia kini mempunyai 94.9 juta pelanggan berbayar. Ini adalah peningkatan berbanding 86.8 juta langganan pada awal Disember lalu. Sebelum ini Disney meramalkan yang mereka boleh menerima 90 juta pelanggan berbayar dalam masa 5 tahun – iaitu 2024.

Tetapi baru sahaja 14 bulan dilancarkan, jumlah pelanggan Disney+ sudah menghampiri 95 juta. Disney+ juga akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi dan akan ditawarkan dalam bentuk Disney+ Hotstar. Di Malaysia misalnya Astro tidak akan lagi menawarkan saluran Disney XD bermula 1 Januari 2021.

Kebanyakan perkhidmatan penstriman sejak Covid-19 ini berjaya mencatatkan peningkatan di luar jangkaan. Satu-satunya perkhidmatan yang gagal ialah Quibi yang hanya mempunyai 45,000 pelanggan tahun 2020yang sudah pun menggulung tikar pada Disember tahun 2020.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami