DidikTV Ialah Saluran TV Pendidikan Baharu – Mengambil Alih Saluran NTV7

DidikTV Ialah Saluran TV Pendidikan Baharu – Mengambil Alih Saluran NTV7

Diterbitkan pada Feb 13, 2021 oleh .

Beberapa minggu yang lalu Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, mengatakan kerajaan akan melancarkan sebuah saluran TV pendidikan baharu khusus untuk PdPR sepanjang tempoh PKP. Semalam saluran baharu ini diumumkan menggunakan nama DidikTV dan mengambil alih slot NTV7.

DidikTV akan mula beroperasi pad 17 Februari ini dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam. Saluran ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari tersebut. Kandungan pengajaran mengikut silibus KPM, rancangan edu-hiburan dan yang dihasilkan sendiri oleh pelajar akan ditayangkan di DidikTV. DidikTV boleh ditonton di saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran Ntv7 di TV UNIFI 

Dengan wujudnya saluran DidikTV, KAFA D’Hijrah  dan TV Okey, Kementerian Pendidikan berharap masalah pelajar yang tidak dapat menghadiri kelas atas talian sedikit sebanyak dapat diselesaikan bagi mengelakkan berlakunya keciciran.


Paling Popular