Cari @ Amanz

Twitter adalah antara platform media sosial yang popular dengan fungsi menciap teks ringkas, boleh dijadikan bebenang, atau berinteraksi secara peribadi melbakal hadir dengan fungsi seakan Clubhouse melalui Spaces, atau melalui DM (Direct Message).

Tahun lepas, Twitter dilihat sedang menguji ciri untuk menghantar permesejan suara melalui DM. Fungsi ini membolehkan pengguna menghantar mesej suara selama 140 saat (seperti Twitter lama dengan 140 aksara ) yang mana pengguna boleh berkongsi sesuatu pendapat secara lebih pantas berbanding teks. Terkini, fungsi ini mula diedarkan kepada beberapa pengguna terpilih.

Untuk menggunakan fungsi ini, di DM – di sebelah ruangan teks Start a message ada ikon baharu untuk menghantar audio. Tekan sekali untuk rakam dan tekan sekali lagi untuk berhenti, atau tekan dan tahan untuk rakam dan lepas untuk berhenti menghantar mesej. Buat masa ini, fungsi ini terhad kepada pengguna India, Brazil dan Jepun sahaja.

Apa kata anda mengenai fungsi ini? Jika adan inginkannya, nantikan kemaskini daripada Twitter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd