Komponen PC ASUS Edisi Gundam Akan Ditawarkan Di Malaysia 28 Februari Ini

Diterbitkan pada Feb 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu ASUS memperlihatkan beberapa komponen PC yang bertemakan Mobile Suit GundamASUS Memperlihatkan Siri Komponen Komputer Dengan Rekaan Anime Gundam. Ia ditawarkan dalam “perisa” Earth Federation Space Force dan Principality of Zeon. Bagi peminat Gundam di Malaysia yang inginkan komponen-komponen edisi khas ini, ia akan mual ditawarkan di Malaysiua pada 28 Februari kelak.

Komponen yang ditawarkan adalah dalam bentuk monitor, kerangka, fon kepala, papan kekunci, penghala, GPU, papan induk dan banyak lagi. Untuk melihat penawaran penuh ASUS, anda boleh pergi ke pautan di bawah. Secara peribadi kerangka TUF Gaming GT301 Zaku II Edition dan kad grafik ROG-STRIX-GeForce-RTX-3080-GUNDAM-EDITION adalah yang menarik minat kami.

Kesemua komponen-komponen ini akan mual ditawarkan pada 28 Februari ini menerusi kedai atas talian Asus di Lazada. Maklumat mengenai harga setiap komponen juga masih belum diketahui tetapi pastinya lebih premium berbanding edisi biasa.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami