Lagi Maklumat Mengenai Cip Pesaing Apple M1 Dari Qualcomm Tertiris

Lagi Maklumat Mengenai Cip Pesaing Apple M1 Dari Qualcomm Tertiris

Diterbitkan pada Mac 9, 2021 oleh .

Januari lalu kami melaporkan cip Snadpragon SC8280 sedang dibangunkan oleh Qualcomm sebagai jawapan kepada Apple M1. Pada waktu tersebut hanya nama kepada cip kemas kini Snapdragon 8CX Gen 2 ini sahaja diketahui. Hari ini lebih banyak maklumat terkini tertiris mengenainya selaku lagi menerusi Winfuture.

Menurut beliau Snapdragon SC8280 akan dilengkapi lapan teras dengan empas teras Gold+ untuk prestasi tinggi puncak dan empat lagi teras Gold prestasi tinggi. Tidak seperti pada cip Snapdragon yang lain, cip SC8280 tidak mempunyai teras kecekapan yang kurang menggunakan kuasa. Dari segi GPU pula Adreno 690 akan dikitar semula. Kemampuan kecerdasan pula hadir dengan NPU terbina dengan 15 TOPs.

Dengan spesifikasi yang tertiris hari ini, SC8280 menyasarkan penggunaan pada komputer riba Windows on ARM yang berprestasi tinggi. Ini ialah segmen yang masih belum benar-benar berjaya pada waktu ini kerana program di Windows masih lagi banyak berasaskan X86.

Tetapi Qualcomm jelas melihat terdapat masa depan yang cerah dengan infrastruktur ARM selepas Apple membuktikan prestasi yang lebih tinggi dengan penggunaan bateri lebih rendah boleh dinikmati.


Paling Popular