Cari @ Amanz

Perang platform penstriman masih lagi berlaku. Di Malaysia ada banyak platform penstriman menarik seperti Netflix, Apple TV+, Viu, Mubi, Prime Video dan banyak lagi. Satu yang masih dinanti-nantikan adalah Disney+. Disney+ adalah platform di mana semua majoriti kandungan yang dipegang Disney boleh distrim.

Tetapi bagi mengelakkan sebarang isu, Disney+ di Malaysia akan ditawarkan dalam bentuk Disney+ Hotstar – iaitu platform penstriman yang lebih memfokuskan kandungan asli Disney dan mempunyai kandungan yang lebih terhad berbanding Disney+ asal. Mungkin sebab itu Astro tidak lagi menawarkan saluran Disney XD? Selepas laman Instagram dan Facebook Disney+ Hotstar diacah, ia terus hilang dari radar dan menimbulkan persoalan bilakah ia akan dilancarkan?

Dengan sifat yang ingin tahu, saya cuba mencari fail APK Disney+ Hotstar dan pasang pada peranti Android. Menariknya, walaupun aplikasi tidak habis memuat – nombor telefon Malaysia sudah boleh didaftarkan. Bukan itu sahaja, butiran harga, promosi, terma dan syarat juga dilihat adalah untuk pengguna tempatan. Kadang-kadang ia berjaya memuat kadangkala tidak. Paling mengejutkan adalah harga langganan yang tertera, iaitu RM89.90 setahun.

Dengan banyak kandungan menarik dan harga sekitar RM7.50 sebulan, Disney+ Hotstar pasti akan menarik perhatian orang ramai. Sebagai perbandingan langganan paling murah Netflix di Malaysia ialah untuk pelan Mobile yang ditawarkan pada harga RM17 sebulan atau RM204 setahun. Oleh itu jika harga yang tertris ini benar, langganan Disney+ Hotstar Malaysia adalah 56% lebih murah berbanding Netlix.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd