Televisyen Pintar Neo QLED Dan Projektor The Premiere Kini Di Malaysia – Harga Mencecah RM39,999

Diterbitkan pada Mac 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di CES Samsung memperlihatkan kesemua televisyen pintar 2021 mereka dengan skrin Mini LED buat pertama kali. Kita kini di bulan Mac dan televisyen-televisyen ini akan pra-tempahan kesemua model di Malaysia dibuka hari ini sehingga 28 Max 2021. Model yang ditawarkan ialah siri QN900A, QN800A,QN90A, QN85A, The Frame dan projektor The Premiere.

Model dengan skrin Mini LED dipasarkan sebagai Neo QLED oleh Samsung di Malaysia bagi mereka yang mungkin sedikit keliru dengan nama yang digunakan. Skrin teknologi terkini ini boleh memaparkan lebih banyak warna dan menyokong resolusi sehingga 8K. Seperti kesemua televisyen pintar Samsung sebelum ini, sistem operasi Tizen digunakan. Sempena pembukaan pra-tempahan hari ini, pembeli akan turut menerima hadiah percuma dalam bentuk sistem speaker soundbar dan juga televisyen pintar The Frame. Harga jualan televisyen serta projektor pula adalah di antara RM 6,999 hingga RM 39,999 sebuah seperti yang disenaraikan di bawah. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat sila ke pautan di bawah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami