Poco X3 Pro akan dilancarkan minggu hadapan sebagai sebuah peranti yang sekali lagi akan cuba mencabar landskap peranti mercu sama seperti F1 tiga tahun lalu. Yang masih menjadi misteri ialah rekaan yang bakal digunakan. Adakah sekali lagi sekadar mengitar semula peranti Redmi atau Xiaomi? Persoalan ini terjawab selepas imej pengolokan ramsi X3 Pro tertiris menerusi ciapan @Ishanagarwal24

Dapat dilihat ia mengitar semula rekaan Poco X3 NFC yang telah dilancarkan September tahun lalu. Bonggol untuk sistem kuad- kamera berkotak pada bahagian tengah dengan garisan pada bahagian tengah serta penjenamaan Poco jelas kelihatan. Skrin masih mempunyai libang kamera bulat pada bahagian tengah serta pengimbas cap jari pada sisi kana. Malahan sebenarnya sukar melihat perbezaan rekaan di antara X3 NFC dan X3 Pro . Pada majlis pelancaran X3 Pro ini, Poco F3 juga dijangka hadir dan ia adalah Redmi K40 yang telah dijenamakan semula.