Carian
Nokia G10 Mungkin Dijana Dengan Cip MediaTek Helio P22
March 17, 2021 Amy Maizuraa

Imbas kembali, sebelum ini kami pernah berkongsi artikel mengenai salah satu daripada peranti terkini Nokia didapati telah melepasi laman pengesahan SIRIM Malaysia. Peranti yang dimaksudkan adalah Nokia G10 dan ia sekaligus memberi bayangan bahawa peranti berkenaan bakal ditawarkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Terkini, markah penanda aras untuk peranti ini dilaporkan tertiris ke arena web. Melaluinya, ia memperlihatkan peranti ini dipercayai menggunakan cip MediaTek Helio P22. Meskipun, ianya tidak didedahkan secara khusus, namun kod nombor MT6762 yang tersenarai di penanda aras berkenaan dikatakan berkait rapat dengan cip pemproses berkenaan.

Pada masa sama, penanda aras yang tertiris turut memperlihatkan peranti ini akan dilengkapi sokongan memori sebesar 3GB RAM dan menggunakan Android 11. Bukan itu sahaja, peranti ini turut dilihat berjaya mencatatkan markah sebanyak 150 mata untuk ujian satu teras. Seterusnya, 858 mata pula untuk ujian pelbagai-teras. Buat masa ini, itu sahaja maklumat yang diketahui.

HMD Nokia 8 April

Sekadar makluman, Nokia sebelum ini telah menjadualkan satu acara untuk pengenalan peranti baharu pada 8 April depan. Menurut spekulasi awal, Nokia G10 juga berkemungkinan besar antaraa peranti yang bakal diperkenalkan kelak.

Komen