Poco X3 Pro Akan Dilindungi Dengan Kaca Gorilla Glass 6

Diterbitkan pada Mac 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Poco akan melancarkan peranti baharu pada 22 Mac ini. Peranti ini dijangka adalah Poco X3 Pro, di mana mereka masih menggunakan rekaan yang sama dari peranti tahun lepasPoco X3 NFC. Bonggol tebal untuk sistem kuad- kamera pada bahagian tengah, kemudian ada penjenamaan Poco yang besar jelas kelihatan. Skrin masih mempunyai lubang kamera bulat pada bahagian tengah serta pengimbas cap jari pada sisi kanan. Sekali pandang X3 NFC dan X3 Pro sukar dibezakan.

Walaupun begitu, peranti ini akan dilindungi dengan perlindungan kaca yang lebih tahan lasak. Berbanding X3 NFC dengan Gorilla Glass 5, X3 Pro akan menggunakan Gorilla Glass 6. Warna yang akan ditawarkan mungkin adalah Phantom Black, Metal Bronze, dan Frost, di mana ia mungkin dijual pada harga sekitar RM1300. Cip pemprosesan dikhabarkan adalah Snapdragon 8xx, hanya menyokong 4G, kamera 48MP, dan memori mencapai 8GB RAM dan storan mencapai 256GB.

Adakah peranti ini akan mampu bersaing dengan jenama lain di bawah kategori harga yang sama? Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami