Carian
iQOO Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Peranti Bersama cip Snapdragon 480 Tidak Lama Lagi
March 18, 2021 Amy Maizuraa

Bercakap mengenai Snapdragon 480, cip pemproses ini telah dilancarkan dengan sokongan 5G terbina sekitar bulan Januari yang lepas. Vivo merupakan antara pengeluar terawal yang mengunakan cip berkenaan menerusi model Vivo Y31s sebelum ini. Tidak lama kemudian, Oppo dan Nokia juga dilaporkan mempunyai perancangan yang sama untuk beberapa peranti akan datang mereka.

iQOO U3

Namun, ia tidak terhenti di situ sahaja. Sebaliknya, iQOO juga dilaporkan bakal hadir dengan peranti bersama cip berkenaan tidak lama lagi. Menurut spekulasi yang tersebar, peranti berkenaan berkemungkinan besar dikenali sebagai iQOO U3x kelak. Peranti ini juga dipercayai menyokong skrin bersama kadar segar semula 90Hz, dwi-kamera dengan sensor utama 13-Megapixel dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Buat masa ini, itu sahaja maklumat berkaitan peranti yang ditemui. Tiada butiran jelas mengenai tarikh pelancaran peranti ini, tetapi menurut sumber ia berkemungkinan besar menjadi peranti 5G mampu milik daripada iQOO.

Komen