Rasmi: OnePlus Kembali Menggunakan Color OS, Bermula Dengan OnePlus 9 Di China

Diterbitkan pada Mac 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu lepas kami melaporkan yang peranti OnePlus di China, akan kembali menjalankan sistem operasi Oppo – iaitu Color OS. Kali terakhir peranti OnePlus menjalankan sistem operasi Oppo adalah pada OnePlus One, iaitu pada tahun 2014. 7 tahun selepas itu, Hydrogen OS nampaknya bertemu hayat. Pasukan pembangun sistem operasi OnePlus dilihat telah mula menghentikan pembangunan Hydrogen OS dan kini telah rasmi yang OnePlus 9 akan menjadi peranti OnePlus terkini kembali menjalankan sistem operasi ini.

Menurut OnePlus, Color OS yang digunakan adalah Color OS 11 dan ia telah diubahsuai khusus untuk peranti OnePlus bagi membezakan dengan Color OS pada peranti Oppo. Mungkin hanya aplikasi sistem terpasang sahaja? Peranti lama yang sedia menjalankan Hydrogen OS akan terus diberikan kemaskini sehingga versi kemaskini terakhir yang telah dijanjikan. Buat masa ini, penggunaan Color OS ini hanya terhad untuk peranti OnePlus di China sahaja. Pengguna global akan masih kekal dengan Oxygen OS.

Menurut OnePlus, keputusan ini dilakukan kerana maklum balas oleh pengguna di China. Kami sendiri tidak pasti maklum balas mana, kerana dalam kajian kami mengenai isu ini – banyak pengguna di China marah dan berasa kesal melalui forum rasmi mereka. Mungkin ini adalah maklum balas tipu, seperti Carl Pei yang pernah bertanyakan mengenai port bicu audio 3.5mm perlu atau tidak – walaupun ramai kata perlu, keputusan sudah ditetapkan pun.

Peranti OnePlus juga di China turut akan dijual melalui kedai-kedai Oppo termasuk atas talian dan di kedai fizikal. Oh OnePlus, di manakah identitimu?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami