Peranti Meizu Dilaporkan Akan Menyokong Huawei HMS Core

Diterbitkan pada Mac 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas dihalang dari mengakses Google Mobile Services, Huawei terus mengembangkan sistem Huawei Mobile Services mereka sebagai ganti. Menerusinya, pelbagai aplikasi alternatif kepada Google diperkenalkan pada peranti keluaran mereka. Sebelum ini Huawei menyatakan hasrat melesenkan sistem operasi mereka kepada pengeluar lain. Kini menurut laporan dari Gizchina, Meizu akan menjadi pengeluar pertama menggunakan HMS Core 5.0 selain Huawei.

Apa yang berlaku di sini ialah peranti Meizu akan menyokong HMS Core dan bukannya berpindah ke Harmony OS. Dengan adanya komponen HMS Core, pengguna boleh mengakses pelbagai perkhidmatan Huawei seperti App Gallery, Petal Search, Petal Maps, Huawei Cloud, Huawei Video dan banyak lagi pada peranti Meizu. Ini mungkin strategi untuk menarik pengguna Huawei ke peranti Meizu memandangkan Huawei kini semakin sukar untuk menghasilkan peranti baharu ke pasaran.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami