Samsung Akan Menggunakan Panel OLED Keluaran BOE Untuk Siri Galaxy M

Diterbitkan pada Mac 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini kedengaran ura-ura Samsung akan menggunakan panel OLED keluaran BOE pada peranti mereka. Kini menurut laporan ETNews, ini akan akhirnya berlaku bermula dengan siri Galaxy M yang dipasarkan pada separuh kedua 2021.

Panel OLED keluaran BOE digunakan kerana ianya lebih murah berbanding panel keluaran Samsung Display. BOE mempunyai lebihan panel selepas pelanggan utama mereka Huawei mengurangkan pengeluaran peranti tahun ini. Selain mengurangkan kos peranti, Samsung Display kini ingin memberikan keutamaan dalam pengeluaran panel OLED berspesifikasi tinggi seperti LTPO yang mempunyai kadar segar semula tinggi boleh ubah.

Tahun lalu BOE menyasarkan akan memintas Samsung dalam pengeluaran skrin OLED menjelang 2024. Jadi adalah menarik untuk melihat Samsung sendiri membantu pesaing mereka. Tetapi ini bukanlah berita buruk kerana skrin OLED kini sudah agak berusia dan menunggu masa sahaja digantikan dengan mini-LED yang bakal menjadi pilihan peranti mercu dalam masa terdekat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami