Cari @ Amanz

Clubhouse telah menjadi salah satu aplikasi yang hangat diperkatakan ramai sejak sebulan dua kebelakangan ini. Ia ditawarkan untuk platform iPhone sahaja, membolehkan pengguna berinteraksi bersama yang lain dengan penggunaan audio sahaja.

Sejak popularitinya meletus, pihak pembangun Clubhouse telah mengatakan versi Android akan hadir tidak lama lagi.

Terbaru, melalui kemaskini mingguan berkaitan dengan Clubhouse, mereka mengatakan bakal memperkenalkan Clubhouse untuk Android dalam masa beberapa bulan lagi.

Pembangunan untuknya telah pun dimulakan, tetapi pengenalannya dijangka akan mengambil masa beberapa bulan lagi.

Bagi para pengguna Android, jangan terpedaya dengan pelbagai aplikasi palsu di Google Play Store, dan berhati-hati ketika memuat-turun sebarang aplikasi seumpamanya.

Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan pengalaman seumpama Clubhouse dengan mencuba Twitter Spaces atau Telegram Voice Chat pada peranti Android anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd