Honor V40 Light Luxury Edition Dilancarkan – OLED 90Hz, Dimensity 800U, 64MP Dan Magic UI 4.0 Android 10

Honor V40 Light Luxury Edition Dilancarkan – OLED 90Hz, Dimensity 800U, 64MP Dan Magic UI 4.0 Android 10

Diterbitkan pada Mac 23, 2021 oleh .

Honor baru-baru ini telah mengembangkan lagi senarai peranti mereka selepas menjadi jenama tersendiri dan tidak terikat dengan Huawei. Peranti baru mereka sebelum ini adalah Honor V40 yang dilancarkan pada tahun lalu dan masih belum dilancarkan versi global lagi. Tahun ini mereka hadir dengan Honor V40 yang lebih mampu milik dan juga tablet baru Honor Pad 7.

Peranti ini adalah Honor V40 Light Luxury Edition, yang mana adalah versi yang murah dan mewah. Skrin adalah 6.57-inci OLED 90Hz dan resolusi FHD+. Ia dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 800U dan dipadankan dengan memori 8GB RAM dan pilihan storan 128GB atau 256GB. Kamera pula adalah 64+8+2+2 Megapixel dan 32 Megapixel kamwera swafoto. Peranti ini turut menjalankan Magic UI 4.0, tetapi ia masih lagi berasaskan Android 10.

Bateri adalah 3800mAh dengan sokongan pengecasan pantaas Honor Super Fast Charge 66W. Peranti boleh dicas dari 0%-100% dalam masa 35 minit. Audio pula menggunakan sistem Honor Histen 7.0 dan sistem sekuriti adalah imbasan jari di bawah skrin. NFC dan sokongan 5G dwi-sim turut disertakan.

Peranti ini menggunakan rekaan premium seakan Redmi Note 10 dan juga rekaan modul kamera gergasi yang unik dan kelihatan berbeza. Ia adalah versi lebih “ringan” dari V40 biasa yang dijana dengan Dimensity 1000+. Buat masa ini, peranti ini masih terhad di pasaran China dan masih tiada berita sama ada ia akan dilancarkan secara global ataupun tidak.

Harga jualan peranti ini adalah RMB2,999 untuk 8/128 GB dan RMB3,299 untuk 8/256 GB. Harga ini adalah sekitar RM1899 dan RM2089 dan Honor menawarkan tiga pilihan warna iaitu hitam, perak cerun dan hijau kebiruan cerun.


Paling Popular