Cari @ Amanz

Baru sahaja hadir dengan model iQOO U3x, jenama ini dilihat dalam persediaan untuk pengenalan sebuah lagi peranti baharu tidak lama lagi. Peranti yang dimaksudkan adalah iQOO Z3 dan acara pelarannya dijadualkan berlangsung pada 25 Mac 2021.

Dalam perkembangan terkini, iQOO dilihat telah mengesahkan sejumlah spesifikasi padanya menerusi beberapa poster promosi rasmi. Melaluinya, ia memperlihatkan peranti pintar ini kelak hadir dengan janaan cip Snapdragon 768G.

Ini sekaligus menjadikannya peranti terkini selepas Redmi K30 Racing Edition yang menggunakan cip berkenaan. Di samping itu, poster dikongsi turut mengesahkan bahawa peranti ini akan dilengkapi memori 8GB RAM dan storan dalaman berasaskan UFS 2.2.

Buat masa ini, itu sahaja spesifikasi utama peranti yang telah disahkan. Untuk penawaran lain, peranti pintar ini dipercayai menggunakan skrin FHD+ dengan kasar segar semula 120Hz, turut menawarkan pilihan memori 6GB RAM, pengecasan pantas 55W dan sistem tri-kamera dengan sensor utama 64-Megapixel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd