Cari @ Amanz

Pada Februari lalu, Samsung melancarkan sensor kamera 50MP ISOCELL GN2. Ia hadir selepas siri S21 dipasarkan maka ramai melakukan spekulasi pengeluar mana yang akan menggunakan sensor mercu terkikni dari Samsung ini.

Semalam dalam imej promosi Mi 11 Ultra yang dikongsi ke media sosial, Xiaomi mengesahkan mereka menjadi pengeluar pertama dengan sensor gergasi ini. Sensor mempunyai saiz fizikal 1/1.12-inci dengan saiz pixel 1.4μm tetapi meningkat ke 2.8μm menerusi sistem quad-pixel-binning. Ini turut membawakan peningkatan keterangan HDR menerusi sistem Smart ISO Pro dan imej yang lebih tajam pada situasi pencahayaan yang lebih rendah. Prestasi video pula ialah sehingga 4K 120p ataupun FHD 480p. Menerusi teknologi Dual Pixel Pro pula, Samsung menjanjikan pemfokusan yang lebih pantas.

Xiaomi Mi 11 Ultra dan Pro akan dilancarkan pada 29 Mac hadapan. Ia pastinya menarik kerana mempunyai skrin terbina pada bahagian belakang serta dijana cip Snapdragon 888.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd