Siri Poco M adalah peranti kelas pertengahan asas Pocophone yang memfokuskan peranti dengan ketahanan bateri lama. Ia juga dijual pada harga mampu milik dan menawarkan ciri serta fungsi yang memadai.

Poco M2 jualannya terhad di India dengan cip MediaTek Helio G80, dan kemudian Poco M3 yang lebih berkuasa dengan cip Snapdragon 662. Terkini Poco dilihat mungkin akan hadir dengan versi kemaskini Poco M2, iaitu Poco M2 Reloaded. Kewujudan peranti ini ditemui melalui kod di dalam MIUI, tetapi tiada butiran jelas mengenai spesifikasi.
Dengan Poco yang mula mengitar semula peranti lama seperti Poco X3 NFC ke Poco X3 Pro, Poco M2 Reloaded mungkin mempunyai spesifikasi lebih kurang sama Poco M2 tetapi sedikit lebih berkuasa. Sama-sama kita nantikan.