Lilium Memperlihatkan Rekaan Teksi Terbang Untuk Enam Penumpang

Diterbitkan pada Mac 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lilium ialah firma dari Jerman yang telah berjaya melakukan penerbangan pertama teksi terbang mereka empat tahun yang lalu. Sejak kejayaan tersebut, mereka menghasilkan beberapa lagi prototaip dengan sasaran melancarkan perkhidmatan komersial pertama seawal 2024. Hari ini mereka memperlihatkan rekaan akhir Lilium Jet, teksi terbang yang mampu membawa enam penumpang serentak.

Rekaan akhir menambah kapasiti penumpang dari empat ke enam. Ia masih lagi memerlukan seorang juruterbang untuk beroperasi tidak seperti Volocopter yang ingin teksi terbang mereka beroperasi swaterbang. Lilium Jet mempunyai sistem tujahan yang amat unik kerana dilengkapi 36 kipas selongsong sendeng (tilt ducted fans) yang membolehkan pesawat terbang secara menegak seperti helikopter sebelum terbang mendatar menggunakan sayap seperti pesawat konvensional.

Apabila memulakan operasi pada tahun 2024, ia mampu terbang pada kelajuan maksimum 280 km/j, jarak operasi 250 km dan pada ketinggian 3000 meter. Lilium telahpun mengumumkan mereka akan membina lapangan helikopter terbang di Florida. Ini meletakkan mereka setanding dengan Volocopter dan eHang dalam perlumbaan menjadi syarikat pertama menawarkan perkhidmatan teksi terbang elektrik pertama dunia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami