Volocopter Akan Menjadikan Singapura Hub Mobiliti Udara Asia Menjelang 2036

Volocopter Akan Menjadikan Singapura Hub Mobiliti Udara Asia Menjelang 2036

Diterbitkan pada Dis 11, 2020 oleh .

Teksi terbang Volocopter sah akan memulakan operasi komersial di Singapura dalam masa menjelang 2026. Beberapa lapangan teksi terbang akan dibuka dengan penerbangan ujian berjaya dilakukan tahun lalu. Menjelang 2036, Singapura akan menjadi hub perkhidmatan teksi terbang mereka di Asia dengan pengambilan 200 kakitangan.

Dari 200 kakitangan ini, 50 adalah terdiri daripada juruterbang, jurutera, pakar operasi dan pengurus perniagaan. Volocopter percaya menjelang 2036, Singapura kan menjadi pusat mobiliti udara rantau Asia kerana landskapnya yang sesuai. Kerana saiz negara yang kecil, Volocopter ialah alternatif pengangkutan awam terbang yang sesuai kerana teksi terbang keluaran mereka pada waktu ini mempunyai jarak operasi sekitar 35 kilometer.

Tidak seperti negara jirannya yang lain,Singapura telahpun mempunyai pelan induk pengangkutan awam, dron penghantaran barangan, kereta swapandu, lori kargo swapandu dan bas swapandu yang menyeluruh. Kerajaan Singapura juga terbuka kepada kerjasama dengan pelbagai syarikat untuk membangunkan ekosistem mobiliti udara. Terdapat usaha yag serius dilihat sejak lima tahun lalu.

Sementara itu kita di Malaysia hanya boleh mendabik dada dengan “kereta terbang buatan tempatan” yang membisu selepas diumumkan pada tahun 2019. Pelan menyeluruh mobiliti udara masih belum dibentangkan dan dasar automotif negara baharu yang menerapkan kenderaan swapandu elektrik masih sedang dibincangkan.


Paling Popular