Selepas Nokia, Sony, dan Oracle, kini Google dilaporkan turut tidak akan menyertai acara Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2021 di Barcelona secara fizikal. Ini sekaligus menjadikannya sebuah lagi syarikat besar yang menarik diri daripada acara besar berkenaan pada tahun ini.
Memetik laporan beberapa sumber, Google dalam satu kenyataan berkata mereka tidak akan menghadiri acara berkenaan berikutan sekatan perjalanan dan protokol Covid-19 semasa. Walau bagaimanapun, Google menyatakan mereka akan terus bekerjasama dengan pihak GSMA dan menyokong rakan kongsinya itu secara atas-talian. Pada masa sama, Google memaklumkan bahawa mereka akan kembali muncul di acara berkenaan pada tahun 2022 kelak.