Seperti kebanyakan pengeluar peranti dari China, OnePlus juga ada sistem perkongsian fail tersendiri File Dash. Ia adalah seakan aplikasi Share It, Files by Google atau juga seakan AirDrop daripada Apple untuk berkongsi fail dari satu peranti ke peranti lain melalui WiFi. File Dash ini terbina di dalam aplikasi pengurus fail tersendiri OnePlus.

Ini adalah zaman di mana Google masih tidak ada sistem perkongsian fail seakan AirDrop untuk Android. Dengan pengenalan Nearby Share yang semakin hari semakin hebat seperti mampu berkongsi ke banyak peranti, berkongsi aplikasi dari Play Store tanpa Internet, dan menyokong peranti Android 6.0 Marshmallow paling minima. Terkini OnePlus dilihat telah mematikan sistem perkongsian File Dash, agar pengguna boleh gunakan sahaja yang lalai untuk Andorid iaitu Nearby Share.
File Dash bagi yang tidak tahu sudah wujud sejak OnePlus 3, melalui Oxygen OS 3.5.5 pada hujung 2016. Melalui kemaskini aplikasi OnePlus File Manager versi 2.6.4.5 pada OnePlus 9 – File Dash sudah tidak ada. Tetapi versi 2.6.4.0 yang ada pada OnePlus 8T masih tersedia. Jelas di sini, OnePlus ingin pengguna tidak keliru untuk menggunakannya yang mana dan fokus pada satu sistem sahaja.

Pada peranti Samsung, walaupun One UI sudah bergerak ke arah Android asli – Quick Share masih ditawarkan untuk menawarkan pilihan penggunaan ekosistem Google atau Samsung.