Ada beberapa lagi berita menarik diumumkan oleh NVIDIA ketika GTC pagi tadi dan antaranya ialah cip NVIDIA Grace. Cip pemproses ini unik kerana ia menggunakan senibina ARM yang kini dalam proses untuk diambil alih oleh NVIDIA sejak tahun lalu.
NVIDIA Grace ialah cip untuk pengkomputeran kuasa tinggi seperti adikomputer, pusat-pusat data dan juga memproses data kecerdasan buatan. Menurut NVIDIA, Grace adalah hasil usaha terkumpul 10,000 tahun dalam bidang kejuruteraan. CPU berteknologi ARM akan membolehkan kuasa memproses yang tinggi dinikmati tetapi dengan penggunaan kuasa serta pengeluaran haba yang lebih rendah. Apabila digabungkan dengan GPU NVIDIA, Grace boleh menawarkan kepantasan sehingga 10 kali ganda berbanding sistem NVDIA DGX yang menggunakan CPU x86.
Setakat Swiss National Supercomputing Centre (CSCS) dan Los Alamos National Laboratory mengesahkan mereka akan menggunakan Grace pada dikomputer yang dijangka memulakan operasi pada tahun 2023. Dari Grace, Grace-Next pula akan dihasilkan yang kemudiannya digunakan pada cip pemproses kereta swapandu NVIDIA DRIVE Atlan yang juga diumumkan haeri ini.