Cari @ Amanz

Facebook mempunyai visi yang menarik untuk penggunaan realiti maya atau juga realiti terimbuh. Sebagai langkah permulaan, mereka mengambil-alih Oculus dan fokus dalam pembinaan ekosistem, perisian, aplikasi dan lain-lain lagi untuk memberikan pengalaman penggunaan kepada pengguna yang terbaik. Tidak lupa juga, produk seperti Oculus Quest 2 yang dijual pada harga mampu milik padat dengan ciri dan fungsi seperti sambungan ke PC secara nirwayar, sokongan 120Hz, Infinite Office yang lebih imersif dan banyak lagi.

Sudah semestinya melalui produk seperti ini, ia adalah cara lain untuk Facebook menjana pendapatan. Melalui Oculus Quest, mereka telah berjaya menjana pendapatan mencecah jutaan Ringgit dengan 60 aplikasi dan permua yang dijual di Oculus Store. Terkini, Oculus mula membenarkan pembangun menawarkan pelan langganan bulanan kepada pengguna. Melaluinya, pembangun tidak lagi perlu menjual kandungan dari dalam aplikasi. Antara aplikasi/permua yang boleh dilanggan pengguna adalah FitXRRec RoomTribe XRTrippvSpatial, dan VZfit.

Berbeza dengan penawaran yang Xbox lakukan untuk Vive, iaitu Game Pass – dengan satu langganan akses kepada semua kandungan. Langganan di Oculus Store adalah secara individu untuk setiap aplikasi dan permua. Oculus juga memberikan piliha percubaan kepada pengguna sebelum meneruskan langganan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd