Gambar Fitbit Luxe Tertiris Dengan Rekaan Yang Cukup Elegan

Gambar Fitbit Luxe Tertiris Dengan Rekaan Yang Cukup Elegan

Diterbitkan pada Apr 17, 2021 oleh .

Penjejak kesihatan secara lazimnya mempunyai rekaan yang kemas dan sangat asas kerana dijual pada harga yang lebih rendah berbanding sebuah jam tangan pintar. Semalam gambar pengolokan rasmi Fitbit Luxe telah tertiris menerusi laman Winfuture.de dan ia mungkin antara penjejak kesihatan dengan rekaan paling elegan pernah dihasilkan.

Dari segi saiz ia sama seperti sebuah Fitbit Charge 4 tetapi dengan tubuh berkilat diperbuat daripada bes tahana karat serta tali jam dari bahan silikon. Bahagian kancingnya pula lebih menyerupai jam tangan konvensional dan bukannya gegelung yang popular di kalangan jam tangan dan penjejak kesihatan biasa.

Skrin besar kemungkinan daripada OLED kerana kini sudah menjadi standard dan menyokong pelbagai ciri menjejak kesihatan yang popular pada waktu ini. Walaupun telah tertiris masih tidak diketahui bilakah Fitbit akan melancarkannya kerana masih tiada pengumuman dilakukan.

Yang pasti dengan rekaan yang cukup elegan ini, ia boleh memberikan saingan kepada Garmin Lily yang menyasarkan pengguna wanita dan rekaan yang membuatkannya kelihatan cukup berjaya untuk dipakai sepanjang masa.


Paling Popular