Realme sebelum ini dilaporkan akan hadir dengan peranti mercu mampu milik baharu dengan cip MediaTeak Dimensity 1100. Cip ini dilihat mampu bersaing Snapdragon 870 yang terbukti berkuasa dan akan hadir dengan skrin kadar segar semula 120Hz, bateri 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W. Peranti ini juga akan menggunakan panel belakang dengan logo Dare To Leap yang menyala dalam gelap.
Terkini Naib Presiden Realme China, Xu Qi Chase – telah mendedahkan rekaan panel belakang peranti ini dan mengesahkan ia adalah siri Realme Q3. Jadi akan ada Realme Q3 dan juga Realme Q3 Pro bakal dilancarkan. Dengan mengambil inspirasi daripada kunang-kunang, Realme memilih menggunakan warna kuning yang terang bersama-sama dengan panel logo
Terkini Naib Presiden Realme China, Xu Qi Chase – telah mendedahkan rekaan panel belakang peranti ini dan mengesahkan ia adalah siri Realme Q3. Jadi akan ada Realme Q3 dan juga Realme Q3 Pro bakal dilancarkan. Dengan mengambil inspirasi daripada kunang-kunang, Realme memilih menggunakan warna kuning yang terang bersama-sama dengan panel belakang yang mempunyai logo Dare To Leap yang menyala dalam gelap. Warna peranti ini dikatakan adalah Fireflies. Logo yang menyala dalam gelap ini menggunakan bahan pendarfluor istimewa untuk ia tahan lama dan sentiasa menyala dalam gelap.
Siri peranti ini akan dilancarkan pada 22 April tidak lama lagi.