Cari @ Amanz

Redmi nampaknya akan mendahului jenama Xiaomi dalam penawaran peranti yang memfokuskan permua dan e-sukan. Peranti ini dijangka akan dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200, pengecasan pantas 67W, dijenamakan sebagai Poco untuk pasaran global dan akan dilancarkan pada hujung April.

Walaupun begitu, butiran lengkap peranti ini masih lagi tidak jelas. Beberapa laporan menyatakan yang peranti gaming Redmi ini turut akan menyertakan butang kawalan di bahu, tetapi tidak pasti sama ada ia adalah butang fizikal seperti Black Shark atau butang kapasitif sahaja. Untuk skrin, sumber menyatakan peranti ini akan menggunakan skri yang sama dengan Black Shark 4 – Samsung AMOLED E4 dengan sokongan kadar segar semula 144Hz.

Kamera dikatakan adalah kuad kamera dengan sensor utama 64MP IMX686 dan disasarkan untuk dijual pada harga sekitar RMB2000, iaitu sekitar bawah RM1300. Jika benar ini adalah antara penawaran yang ada pada peranti ini, kita mungkin akan lihat pencabar peranti gaming mampu milik yang bersaing dengan iQOO dan Red Magic. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd