Cari @ Amanz

Mekanisme engsel pada Mi MIX Fold telah diuji untuk tahan digunakan sehingga 1 juta kali sepanjang hayatnya. 

Artikel Xiaomi Mi MIX Fold Kini Rasmi – Peranti Skrin Boleh-Lipat Dengan Lensa Cecair Pertama Dunia

Xiaomi akhirnya melancarkan peranti dengan skrin boleh-lipat mereka pada bulan lepas selepas kegagalan dalam Mi MIX Alpha dan juga bertahun mengacah peranti konsep ini. Melalui peranti ini, siri Mi MIX turut dikembalikan. Tetapi sayang sekali, Mi MIX Fold bukanlah peranti yang paling hebat dan pendapat kami – Samsung Galaxy Z Fold2 masih juara. Ini kerana skrin Mi MIX Fold adalah plastik dan bukannya kaca UTG. Kehebatan peranti ini adalah harga jualan yang bermula pada sekitar RM6300 sahaja.

Harga jualan peranti dalam kategori ini jika berada di sekitar RM6K dilihat sudah mula boleh diterima oleh orang ramai. Bayangkan kalau harga jualannya adalah seperti peranti mercu Mi 11 Ultra sekitar RM4299 sahaja? Pasti permintaan lebih tinggi. Tetapi harga yang murah ada sebabnya dan apa yang anda beli itulah yang anda dapat. Xiaomi menyatakan yang Mi MIX Fold boleh bertahan selama 2.7 tahun sahaja. Selama 45 jam, peranti ini boleh dilipat selama 100,000 kali. Agak aneh Xiaomi semasa pelancaran katakan ia boleh bertahan selama 1 juta kali lipatan.

Jika dibandingkan dengan Samsung, Z Fold bertahan selama 200,000 kali lipatan untuk kegunaan selama lima tahun. Motorola Razr pula hanya 27,000 kali lipatan denga anggaran sekitar 1 tahun penggunaan. Jadi adakah RM6000 berbaloi untuk peranti yang bertahan tidak sampai tiga tahun? Adakah peranti seperti ini sudah bersedia da cukup matang? Atau kita perlu tunggu lagi? Di China 30,000 unit terjual dalam masa seminit – apa kata anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd