Samsung Galaxy Z Flip2 Dan Z Fold3 Dilaporkan Kalis Air

Diterbitkan pada Apr 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Isu terbesar kami mengenai majoriti peranti boleh lipat sejak ia dilancarkan dua tahun yang lalu ialah ia tidak hadir dengan kemampuan kalis air serta debu. Satu-satunya peranti yang melepasi piawaian Ingress Protection (IP) ialah Motorola RAZR yang kalis percikan air. Ia mungkin bukan IP68 tetapi lebih baik daripada tiada langsung.

Menurut laporan Sammobile hari ini, Samsung Galazy Z Flip2 dan Z Fold3 kedua-duanya akan akhirnya mempunyai kemampuan kalis air. Sejauh manakah ketahanannya dari dimasuki air tidak lagi diketahui. Tetapi Samsung telah memfailkan tanda dagang Armor Frame dan ini mungkin berkait rapat dengan ura-ura ini.

Mungkinkah kedua-dua peranti skrin boleh-lipat Samsung tahun ini akan dilengkapi “baju zirah” dalam bentuk bingkai yangbukan sahaja tahan hentakan tetapi juga mengesampingkan cecair. Misteri akan terjawab apabila peranti dilancarkan sekitar Julai hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami