Cari @ Amanz

Selain daripada peranti pintar, Realme turut mempelbagaikan lagi penawaran produk-produk lain untuk para pengguna – ini termasuklah AIOT dan gaya hidup. Di Malaysia sendiri, kita telah melihat jenama ini sedia hadir dengan penawaran untuk berus gigi pintar, gelang tangan pintar, televisyen pintar, TWS dan banyak lagi.

Dalam perkembangan terkini, Realme dilihat mempunyai perancangan untuk hadir dengan beberapa lagi produk AIOT baharu buat pengguna di Malaysia tidak lama lagi. Perkara ini dikongsi sendiri oleh pihak Realme menerusi hantaran berbentuk poster acah di media sosial rasmi mereka.

Realme bagaimanapun, masih cuba berteka-teki mengenai produk yang bakal dilancarkan kelak. Tetapi jika diperhatikan dengan teliti, poster berkenaan yang dimuat naik sedikit sebanyak memberi bayanga mengenai produk.

Salah satu daripadanya memperlihatkan rekaan seakan fon telinga – di mana jelas ia berkemungkinan merujuk kepada fon telinga terkini mereka iaitu Realme Buds Air 2 Neo. Sementara, satu lagi mempelihatkan rekaan bulat seakan Realme Motion Activated Night Light yang dilancarkan di India sebelum ini. Namun begitu, ia masih diperingkat spekulasi awal semata-mata. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Realme Malaysia sendiri berhubung perkara ini.

Sekadar makluman, Realme Malaysia turut telah menjadualkan acara pelancaran untuk Realme 8 Pro pada minggu ini – iaitu 22 April 2021. Untuk ketahui penawaran harganya, jangan lupa kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd