iPad Pro Kini Dilengkapi Memori Sehingga 16GB RAM

Diterbitkan pada Apr 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Untuk acara Spring Reloaded Apple awal pagi tadi, dua iPad Pro baharu telah dilancarkan. Kali ini, Apple kembangkan lagi produk yang dijana cip Apple Silico mereka ke tablet pula dengan menggunakan cip Apple M1 pada kedua-dua iPad ini. Antara perkara menarik pada iPad ini adalah versi 12.9-inci menggunakan panel mini-LED Liquid Retina XDR, menyokong port Thuderbolt 4 dan juga menawarkan pilihan storan sehingga 2TB.

Pasti akan ada yang tertanya mengenai memori yang digunakan pada iPad Pro M1 ini. Biasanya ia hanya didedahkan melalui XCode atau butiran daripada penanda aras melalui unit ulasan. Buat pertama kali dalam sejarah pelancaran iPad, Apple turut mendedahkan pilihan RAM awal pagi tadi. iPad Pro baharu menyokong RAM sehingga 16GB. Walau bagaimanapun, storan mana yang menggunakan RAM ini tidak didedahkan.

Menurut MacRumors, kedua-dua iPad Pro 11-inci dan 12.9-inci dengan storan 1TB dan 2TB akan menggunakan 16GB RAM. Manakala 512GB dan ke bawah terhad dengan 8GB RAM sahaja. Di Malaysia, iPad Pro bersaiz 12.9-inci dengan storan 2TB ditawarkan pada harga RM9749 untuk versi WiFi, dan RM10,399 untuk versi selular. 11-inci pula, versi storan 2TB dengan WiFi dijual pada harga RM8449, sementara versi selular pula adalah RM9099.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami