Cari @ Amanz

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan Realme dalam perancangan untuk melancarkan televisyen pintar terbaru pada Mei ini. Bagaimanapun, pihak Realme sekadar memberi bayangan sahaja tanpa berkongsi lanjut mengenainya. Perkara itu sekaligus menimbulkan beberapa persoalan yang wajar dirungkaikan – ini termasuk nama modelnya.

Realme Smart TV

Memetik laporan 91Mobiles, ciapan terkini yang muat naik oleh Ketua pegawai eksekutif Realme, Madhav Sheth dilihat seakan menjawab segala persoalan yang timbul. Ciapan berkenaan disertakan dengan imej yang memaparkan rekaan sebuah televisyen beserta nama modelnya – iaitu Realme Smart TV 4K 43″. Dalam ciapan sama, Madhav turut mengatakan acara pelancaran yang seterusnya akan menjadi lebih menarik dan bertanyakan apakah harapan pengguna untuk kali ini.

Jadi apa pandangan anda mengenainya? Sekiranya hal ini benar, maka ia mungkin akan mempunyai beberapa ciri menarik berbanding generasi terdahulu. Bukan itu sahaja, ia juga dijangka akan menampilkan teknologi SLED seperti yang terdapat pada Realme Smart TV SLED 4K 55″ sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd