Cari @ Amanz

Menjelang suku keempat tahun lepas, jumlah pelanggan berbayar Netflix telah mencapai sebanyak lebih 203 juta orang. Secara tidak langsung, Netflix sudah hampir mencapai sasaran mereka, iaitu menginginkan 210 juta menjelang suku pertama 2021. Kita sudah hampir ke penghujung April, duka cita dimaklumkan yang Netflix hanya menerima 207.6 juta pelanggan sahaja dan tidak mencapai sasaran.

Antara sebab sasaran mereka tidak tercapai adalah kerana banyak kandungan yang tunda. Banyak siri TV, filem, dokumentari dan lain-lain lagi tidak dapat diteruskan kerana pandemik Covid-19. Walaupun begitu, dengan inisiatif Netflix menjanjikan sekurangnya satu filem baru setiap minggu sepanjang 2021 dan akan mengeluarkan bajet sekitar RM70 bilion untuk menghasilkan lebih banyak lagi kandungan – mereka menjangkakan peningkatan akan berlaku pada suku kedua tahun ini.

Walaupun Netflix sudah 10 tahun dan baru mencapai sekitar 200 juta pelanggan dan Disney+ yang baru setahun lebih sudah lebih 100 juta pelanggan – Netflix tidak tercabar dan akan terus menjadi platform penstriman video terbaik untuk pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd