Carian
Oppo K9 5G Sah Menggunakan Cip Snapdragon 768G
April 23, 2021 Amy Maizuraa

Oppo K9 5G yang merupakan pengganti kepada siri Oppo K7 sebelum ini akan dilancarkan di China pada 6 Mei hadapan. Bersama-sama dengannya, Oppo dikatakan turut akan menampilkan beberapa lagi aksesori lain – termasuklah Oppo Enco Air True Wireless Earbuds.

Bercakap mengenai Oppo K9 5G, spekulasi yang mengatakan ia bakal menjadi sebuah lagi peranti dengan cip Snapdragon 768G – ternyata benar. Pihak Oppo sendiri kini mengesahkan perkara berkenaan menerusi poster acah yang dimuat-naik di Weibo.

Sekadar makluman, Snapdragon 768G merupakan cip segmen pertengahan yang memfokuskan kepada permua (permainan mudah-alih) dan dilengkapi integrasi sokongan 5G. Di samping itu, ia juga dipadankan dengan cip napdragon Elite Gaming bersama-sama dengannya.

Selain daripada itu, Oppo K9 5G juga telah disahkan mempunyai binaan yang nipis, sokongan sensor utama 64-Megapixel, teknologi penyejukan cecair lebih baik dan bateri dengan pengecasan 65W. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab ketika pelancaran rasmi kelak.

Komen