Sony Menguji PlayStation Plus Video Pass Di Poland – Platform Penstriman Video Untuk Pengguna PS4 Dan PS5

Diterbitkan pada Apr 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semasa Sony melancarkan BRAVIA XR, yang mana adalah televisyen pintar Google TV premium mereka – BRAVIA CORE turut diperkenalkan. Ia adalah platform penstriman video tersendiri Sony eksklusif untuk pengguna TV ini. Platform ini menawarkan pelbagai kandungan filem dan siri daripada Sony Pictures.

Terkini, Sony kembangkan lagi perkhidmatan penstriman video eksklusif kepada pengguna PlayStation pula. Di Poland, pelanggan PlayStation Plus akan menerima akses kepada PlayStation Plus Video Pass tanpa sebarang kos tambahan. Ia terhad kepada pengguna PlayStation 4 dan PlayStation 5 dan akan terdapat aplikasi khas muncul di gedung aplikasi untuk dimuat turun.

Sony menyatakan yang setiap sekitar tiga bulan, akan ada kandungan baru diperkenalkan. Buat masa ini hanya ada 15 filem dan 6 siri TV sahaja. Berikut adalah senarai;

Filem

  • Bloodshot
  • Jumanji: The Next Level
  • Zombieland 2: Double Tap
  • Charlie’s Angels (2019)
  • Venom (2018)
  • The Equalizer 2
  • Baby Driver
  • Blade Runner 2049
  • Underworld: Blood Wars
  • Arrival
  • Sausage Party
  • Inferno (2016)
  • American Hustle
  • This is the End
  • Bad Boys (1995)

Siri TV

  • Future Man (seasons 1-3)
  • SuperMansion (seasons 1-3)
  • Community (seasons 1-6)
  • Deadly Class (seasons 1)
  • SWAT (seasons 1-2)
  • Lost Girl (seasons 1-5)

Harga langganan PS Plus adalah RM159 setahun di Malaysia, setiap bulan akan ada permainan video dan diskaun ditawarkan. Dengan akses kepada pelbagai filem dan siri TV pula, langganan ini akan menjadi lebih berbaloi. Walau bagaimanapun, tiada sebarang apa-apa pengesahan yang perkhidmatan ini akan tiba di Malaysia ataupun tidak. Jika PS Plus Video Pass tiada, mungkin tawaran Sooka daripada Astro dengan 15 perkhidmatan penstriman dengan satu harga akan menarik perhatian orang ramai?

Sementara itu, jika anda berminat untuk tonton filem-filem Sony di Malaysia – Netflix adalah platform terbaik kerana mereka mempunyai perjanjian untuk menyiarkan pelbagai kandungan Sony.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami