iPad Pro 12.9 M1 Tidak Serasi Digunakan Dengan Magic Keyboard 2020

Diterbitkan pada Apr 24, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iPad Pro 12.9″ M1 yang dilancarkan minggu ini adalah yang pertama dalam sejarah menggunakan cip M1 dan dilengkapi RAM yang setanding dengan sebuah MacBook. Untuk merealisasikan sebuah iPad dengan kuasa setanding komputer riba, pelbagai perubahan dalaman dilakukan pada bahagian dalam menyebabkan ia menjadi lebih tebal.

Akibatnya jika anda memiliki Apple Magic Keyboard tahun 2020, ia tidak serasi digunakan dengan iPad Pro 12.9 M1 ini. Ia lebih tebal sebanyak 0.5mm tetapi menyebabkan kerangka papan kekunci tidak boleh ditutup dengan sempurna pada posisi disimpan. Oleh itu Magic Keyboard baharu perlu dibeli sekali dengan iPad Pro 12.9 M1.

Berita baik di sini ialah Magic Keyboard baharu boleh digunakan pada model-model iPad Pro terdahulu. Bagi yang ingin membeli iPad Pro 11″ baharu pula, aksesori lama boleh diguna semula kerana perubahan berlaku pada dimensi peranti.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami