Telefon Pertama Dengan Sensor 200MP Mungkin Akan Dikeluarkan Xiaomi

Diterbitkan pada Apr 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi ialah syarikat pertama mengeluarkan telefon pintar dengan kamera 108 megapixel menerusi Mi Note 10 hampir dua tahun lalu dengan sensor yang dikeluarkan oleh Samsung. Mereka mungkin akan melakar satu lagi sejarah dengan melancarkan telefon pintar pertama dengan sensor 200 megapixel pula.

Samsung ISOCELL

Menurut Digital Chat Station, Xiaomi sedang membangunkan telefon pintar dengan sensor ultra gergasi sekali lagi dengan bantuan Samsung seperti ura-ura yang didengari sebelum ini. Sensor baharu ini adalah lebih besar jika dibandingkan dengan sensor ISOCELL GN2 108MP yang dilancarkan oleh Samsung tahun ini. Penggunaan sensor yang besar adalah popular untuk peranti pasaran Asia keran mendapat perhatian dari orang ramai.

Walaupun sensor besar dikeluarkan Samsung, hanya beberapa minggu yang lalu muncul laporan Samsung tidak akan menggunakannya pada peranti sendiri. Sebaliknya mereka akan menumpukan kualiti menerusi sensor dengan saiz mengapixel lebih kecil seperti yang dilakukan oleh Apple. Bagi memastikan ini berlalu, kerjasama dengan syarikat kamera seperti Olympus dipercayai sedang dilakukan Samsung.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami